Wednesday, March 30, 2011

inai...biasa atau lukis?

hola...
selamat kembali (macam wat show ja)

setelah berminggu2 menyepi akhirnya terasa gegatal nk wat entry. walaupun sibuk di sekolah dengan majlis tilawah al-quran dan next week ada ( sabtu nie le...next week benda ) hari anugerah + mesyuarat pibg sekolah + hari terbuka aspan...tetap jgak nk wat entry untuk blog. itula time free xnk buat time sibuk nie la nk wat itu ini ( nk hilangkan kekusutan di kepala ni sebenarnya..kusut masai she nie)

berbalik kepada masalah di atas...berkenaan ngan inai. nk wat inai biasa atau lukis? kalo ikutkan hati mmg nk buat inai lukis..canteq ngan corak bunga2 tue..tp bila she google berkenaan inai lukis ini dari sudut hukum wah baru la tahu serba sedikit tentang inai lukis nie. kallo bahasa sekarang orang panggil henna. henna nie sebenarnya  merupakan sejenis pokok berbunga yg digunakan untuk mewarnakan  kulit, rambut, kuku, leather dan kain serta slalu digunakan untuk membuat tatto sementara.yang unik nye..nama "henna" adalah dari perkataan arabic...mmmm ( betoi ka ?...musykil plak)



dari segi hukum berinai plak....

Diriwayatkan dari Aishah RA. Bahawa seorang wanita mengisyaratkan di belakang tabir bahawa dia ingin menyampaikan surat kepada baginda S.A.W. lalu baginda melihat tangan itu seraya baginda bersabda: “Aku tidak tahu samada ini tangan lelaki atau perempuan.” Perempuan itu menjawab: “Aku adalah seorang wanita.” Baginda bersabda: “Sekiranya kamu seorang perempuan, berbezalah dengan memakai henna (inai) dijarimu.” (hadith riwayat abu dawud)

jadi pada pendapat she setelah menelti kenyataan diatas inai ini boleh dipakai oleh orang perempuan pada bila-bila masa untuk membezakan lelaki dan perempuan. tapi dari segi hukum untuk melukis inai di tangan dengan corak2 tertentu tidak jelas...mmm

seterusnya ada pandangan ini pulak...


Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda : "Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain,wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)"..(Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)

dan komen ini pulak...

Jelas Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz :" inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul hujung jari".

mmmm...



so setelah meneliti beberapa pandangan lagi....she rasa henna atau berinai sebaik-baiknya dengan bersederhana dan bukan untuk menunjuk-nunjuk...kalo untuk perkahwinan adalah berniat berhias untuk suami. inai atau henna yang dilukis dengan bentuk atau lukisan yang menyerupai tuhan bukan agama islam, berhala dan bentuk atau corak-corak yang dilarang adalah haram. sebaik-baikya kalo tidak pasti mengenai hukum melukis inai ini adalah seharusnya mengambil tindakan yang terbaik dengan tidak melukis corak-corak tersebut dan mewarnakan pada hujung jari sahaja.


kalo nk buat rujukan lebih boleh tgk blog2 ini : - (miss mis blogger , tuan punya blogg..minta link ye ..)
http://aidaamer.blogspot.com/2010/10/pengantin-hukum-berinai.html
 http://halaqah.net/v10/index.php?topic=3345.0
http://nurulism.com/2009/01/18/pengantin-hukum-berinai

kemudian pada suatu petang, she ada la sembang2 ngan mama she ..then tya soalan tentang inai " mama..kalo inai yang lukis2 tue boleh wat ka ma?"..dengan sepantas kilat my mom pun menjawab " x boleh buat..haram tau tak..ustaz mutalib pun kata xbaik buat lukis-lukis inai nie ..macam orang india "....

akhiranya...she rasa-rasa nya xdapat la nak buat inai lukis ini..walaupun di dalam hati ini ada la secebis keinginan untuk melukis inai ditangan walaupun coraknya simple...sebabnya dah tahu dah jawapan dari mama ku itu. she tidak dibenarkan mebuat inai tersebut..cukuplah sekadar inai di hujung jari
 setelah meneliti pandangan di atas juga, pandangan mama serta pandangan orang lain...keputusannya adalah  inai dihujung jari sahaja titik

inilah inai ku nnt...gini lah...(pasrah ja..)


terima kasih mama sebab tidak membenarkan inai lukis ini..bukanya she a.k.a kakak nak melawan ke or nk marahkan mama..tp bila pkir2 balik sebaik nya sebegitula. inai dihujung jari sahaja. lagipun tidaklah memburukkan tangan selepas majlis perkahwinan she nnt.ada jgak she terbaca pandangan blogger2 di luar sana, selepas membuat inai lukis ini..lps seminggu terdapat tompok yang hilang dari lukisan inai ini.jadi x cantek sket la..sbb dh bertompok-tompok inai nye

sekian

Wednesday, March 16, 2011

~she with her dream~


akhir nya...

holA..AKUM

AKHIRNYA..tarikhnya sudah ditetapkan..03.09.2011 impian she untuk berkahwin tahun nie jgak termakbul..alhamdulilah..dalam kesibukan di sekolah dapat jugak berbincang untuk menetapkan tarikh wedding.
sbenarnya tarikh nie dh ditetapkan pada awal mac dulu...nie br she nk tulis dlm blog untuk kenang kenangan ari tua..
so minggu nie adalah cuti sekolah..baru la ada kesempatan nk wat entry..kalo x takda-nya masa nk tulis blog bagai nie..nie pun kertas exam blum mark..n baru blik dari jejalan bersama family ..

untuk wedding she..blum ada apa2 preparition lg..br dlm mood surveying ..penat jgak g survey sana sini..br tgh survey untuk tempahan catering n butik pengantin...kulim dh survey..parit buntar blum habis round..bukit mertajam n penang is coming...byk lg tue (mood mcm penat tp...ati berbunga sebenarnya )




untuk wedding theme she dh pilih..maybe warna baby blue with pink kot..wpun ramai xpaham warna yg she nk especially my family..she dh tetap n bulatkan hati nk wat tema nie...sebenarnya angan2 dahulu nk wat theme pink..tp disebabkan ramai sgt wat pink ..its look like very girlish n rs2 xsusuai untuk en.tunang..so she added warna untuk nampak lebih sesuai untuk en.tunang ..n warna blue pun ramai dipilih untuk theme tahun 2011...tgk pic kat atas 2 cantek kan..hehehe cantek dimata she ja kan..mata2 org2 lain xtahu ..hehe
hopefully..dis theme will admitt by my family..

i'm getting married soon


Wednesday, March 2, 2011

most view blog...

hola...akum
utk entry nie...she nk tunjukkan blog2 yg slalu she menatap dalam setahun lps...huhu..ada la bbrp..xbyk sbb kekadang xsempat ngan aktiviti kat sek...blog2 nie sesangat memberi inspirasi kepada she..dan blog2 diorg nie..sgt cantek..simple..blogger nye yg cumel sgt..n entry yg best2..bak kata org sesuka la sgt..kadang2 tue 2 3 kali baca dalam sehari..congrt to this blogger...

Yg PaLing SHE suka
http://anaille.blogspot.com/
http://nadeeyayoe-journey.blogspot.com/

my sis's friend blog
 
congrat's to above blogger...xrugi kalo org2 kat luar sana g blog diorg..terutama sekali kpd B2B...mmg rasa weding diorg mmg cantik sgt..nice.theme color pun catek...she ske tgk blog depa nie ..sesuka sgt la..xleh nk kata apa la..wala la..hehhe